Tuesday, April 12, 2011

DESSKEE dah share TV

Hmmm... ayat  ni dah lama aku x tulis yer. DESSKEE dah share TV. Quotes yang slalu digunakan didalam LAN Mahallah Az-Zubair Al Awwam UIAM 07-11. Sape2 yang ada LAN & join Vypress chat disini, mereka pastinya tahu @ aware dengan ayat ini. Ini kerana, sebaik sahaja mereka terima mass message drpd DESSKEE, mereka tahu akan kehendak utama mereka iaitu menonton TV saluran media perdana akhirnya tercapai. Pada am nya, aku akan mengshare kan siaran berita TV3 pada waktu puncak iaitu jam 8 malam dimana pada waktu itu most of bdk2 Zubair akan terduduk dihadapan PC/laptop mereka menunggu utk menonton berita hal ehwal semasa. Maklumlah, bdk2 universiti ni susah sket nak baca suratkhabar. Mereka lebih selesa membaca berita2 di internet ataupon membaca buku berkaitan mata pelajaran diorang. Tapi, most the time bdk2 ni dok depan PC dok main game jer, especially DOTA.

Slalunye, mass message DESSKEE dah share TV ni kluar 30 min sebelum berita jam 8 ke udara. So, slalunye, dapat la dorang2 ni tgk kartoon yang TV 3 tayangkan pada watu itu. Aku ngat lagi, rancanagan mcm Detective Conan ngan Atashinci slalu keudara pada waktu itu. Kadang2 tu, asal aku terlambat sket je nak share TV, mula ar dapat msg2 yang menanyakan kenape aku x share TV malam tu... Fuh... leh main demand2 plak. Tp, aku x kisah, janji dapat berkhidmat dengan komuniti LAN Zubair ni. Walaupon aku x dapat apa2, tp aku dapat rasekan aku dapat la memberi sumbangan kepada rakan2 LAN aku ni yang x dapat berita tentang dunia luar ni. Huh..

Kadangkala juga, aku juga mengshare kan rancanagan yang keudara LIVE seperti Perlumbaan Formula 1, Perlawanan bola sepak n sometimes rancangan keagamaan seperi AL-Kulliyah dan Tanyalah Ustaz. Walaupun kadang2 mengshare kan TV ni ada satu perkara yang best, ia jadi x best bler PC kite jadi lag kerana terlalu ramai yang menonton nye. Ini menyebabkan, aku x dapat membuat kerja2 lain di PC ku ini. So, kadang2 tu, terpaksa lah aku berkorban dengan menuggu sehingga rancangan berita itu tamat. Kadang2 gak aku main tutup jer TV tuh.. 

Teringat jugak aku akan capaian traffik yang sgt tinggi terhadap TV yang aku share ini, sehinggakan aku terpaksa merendahkan quality video (utk stream) supaya, kurang sket lag pada siaran TV tu. Cerita yang bdk2 Zubair ni minat sgt nak tgk, cite Nur Kasih... ha ha, ramai la btol yang follow Nur Kasih. bajet aku x tau. Asal hari Jumaat malam jer, bdk2 ni dh sibuk dh comment psl cite ni kat Vypress chat. Siap tempah kat aku soh jgn lupe share TV malam tu gak.. Ha ha, mcm2. DESSKEE pon follow Nur Kasih gak.. Nur Amina I like. 1 lagi, best nya kat cite Nur Kasih ni, sebab cite ni byk wat shooting kat dalam UIA. maklumlah, Nur Amina tu kan dapat degree architecture kat UIA.. Ha ha, siap pakai jubah graduasi gitu..

Ok la, zaman ber LAN kat Zubair ni dah nak abs dah. insyallah sem ni last la aku kat UIA, buat bdk2 LAN Zubair semua, aku wish kat korang semua all the best la. Korang semua memang terbaik (DESSKEE merupakan salah seorang pengasas LAN Zubair). 4 tahun berkhidmat dengan anda semua, memang menyeronokkan. Ruangan chatting di Vypress juga sangat best. Asal ada benda best jer korang tgk kat video @ gambar... nnt ada la link2 yg dipostkan kat board VY tue. X lupe gak, watak Pedo Bear yang byk 'menghiburkan' chatter2 dalam Vypress chat itu. Pedo... ko memang kelakar. Sehinggakan dia diberi gelaran as 'portable entertainer'. letak la kat celah mane pon, dia memang kelakar... ha ha

Juga kpd user2 lain seperti NICE (raja movie), Chief, Jethro (admin LAN Zubair), liespirit, pedo bear, matspek, doul, yuyu, abg budin, kucing itam, Johari, Batman, misepoy, Majin Buu Otomen, lalacici, anak padi, paradox, thecox & byk lagi ar. Sori x dpt nak mention semua. Ada tu yang dah x ingat dah. Korang memang best. 

Kadang2 tue, kat dalam LAN Zubair tue, semua org kenal, tp, bler kat luar tue, selisih bahu pon org x kenal.. ha ha, mcm2 btol. Tp, bler tanye psg LAN, br la riuh bercerita yg dia ni guna nick apa.. pas tue, gelak2 plak..
Hoho

Ok la... thats all psl LAN Zubair. pengalaman ni mmg aku x akan aku lupakan... huh... All the best utk korang semua di tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini... Sekian

3 comments:

lalacici said...

hahahaha..lalacici..smpai skrg aku guna lagi nama tu..NLMH btul..(nostalgia lama menggamit hati..hahaha)

doul said...

terharu lah name aku ade gak

desskee said...

doul ada tokan cerita Melayu, nak cerita Melayu, cari doul, compem dia ada punye... ho ho

Post a Comment