Thursday, December 29, 2011

Hari cuti

Sekiranya hari ini aku masih belum menghabiskan pembelajaran aku di universiti, pasti aku sedang men'struggle'kan diri menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir semester ku. Tetapi, berkat kerja keras berserta doa, pengajian di universiti sudah tamat, maka perjalanan hidupku ini diteruskan di alam perkerjaan.

Sudah lebih 5 bulan rasanya aku sudah berkerja, dan rasanya, seperti sudah lama juga tidak menulis di blog ini. Bila difikirkan, benarlah kata-kata 'senior' aku yang menyatakan bahawa waktu belajar itu adalah jauh lebih 'best' berbanding dialam pekerjaan. Maklumlah, dialam universiti, anda masih seorang pelajar, orang tidak bolleh menjatuhkan hukuman atau hendak marah-marah, kerana anda masih BELAJAR. Tetapi tidak ketika anda sudah dialam bekerja, tiada erti 'buat salah' dialam pekerjaan, apa sahaja tugasan atau kerja yang diamanahkan kepada anda, andalah yang bertanggungjawab keatasnya, dan bersedia menanggung risiko atau akibat terhadap apa yang berlaku atau 'consequence'.

Bercakap pasal kerja ini pula, diakhir tahun ini banyaklah pula orang yang ingin mengabiskan cuti meraka, tidak ketinggalan juga kepada diriku, hari ini aku menggambil 1 hari cuti daripada cuti tahunan aku. Tidak banyak aktiviti yang dibuat hari ini, cuma berehat dan menonton televsion. Tetapi, walaupun didalam hari cuti, tugasan atau kerja dipejabat tidak bercuti sama. Berkali - kali juga hari ini telefon ku berdering dengan panggilan diterima daripada pejabat ataupun rakan-rakan daripada pejabat. Termasuk juga satu panggilan daripada 'bos' ku yang bertanyakan perihal kerja kepadaku. Sudah jika 'bos' yang telefon, pastinya 'something' important yang terjadi. Sama ada akan jadi 'bahan' kena 'tembak' ataupun hendak 'clarification' untuk mengelak daripada di'tembak'. Begitulah perihalnya kehidupan dialam pekerjaan ini, banyak betul cabaran yang hendak dihadapinya.

Beralih daripada kisah tugas pejabat yang dibawa kedalam rumah, aku pun hanya menonton 'movie-movie' dan bermain 'video game' yang masih ada dalam 'PC' aku ini. Game yang terbaru, 'fm2012' ataupun football manager 2012. Selepas maghrib pula, tiba-tiba terasa hendak tengok cerita '3 idiots', tengok-tengok, rupanya sudah ada dalam pc ini. Ini kerana semalam dekat TV3 macam ada tayang cerita ini. Nampak macam best. Rupanya memang best pun. Cerita tentang jadi engineer bukanlah segala-galanya. Jalan ceritanya memanglah sangat menarik. Dan malam ni pula TV3 ada menanyangkan sambungan cerita ini untuk bahagian kedua. Bila difikirkan, mungkin betullah apa yang hendak disampaikan didalam cerita itu, belajar hingga ke universiti, mendapat segulung ijazah, mendapat kerja yang baik, gaji yang lumayan, etc, tidak menjamin ada hidup bahagia. Satu ayat yang menari ingin dikongsikan bersama adalah ..

from your heart,
for once, dump your fears...
or someday, on your deathbed,
you'll regret it.

you'll remember that the letter was in your hand,
taxi was at the gate,
with just a little courage,
you could've turned your life around.

Ayat yang sungguh ' inspiring' bagi aku, yang mana membuat diriku untuk terus bekerja keras dan tidak takut untuk mencuba benda baru. Tidak mahu hanya ingin berada didalam 'comfort zone' sahaja. Rasnya, ini sajalah yang ingin dikongsikan bersama. 3 idiots di televsyen ini pun hendak dekat habis. Sampai sini sahajalah untuk kali ini. Assalamualikum..

Saturday, November 12, 2011

Lama x menulis

Lama sudah tidak menulis. Sedang bosan. Apa nak tulis yer. Oh malasnya hendak tulis2. Cukup jela banyak ni. Sekian terima kasih.

Monday, August 29, 2011

Esok Hari Raya....

Esok hari raya, tapi harini aku kena bekerja. Dikala orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung, aku pula sibuk menyiapkan diri untuk ke pejabat. Mood untuk bekerja dipagi Isnin kali ini cukup berbeza dengan hari Isnin yang lain. Ini kerana esok hari raya.

Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam di Malaysia akan berpuasa tahun ini, ini bermakna Ramadhan akan meninggalkan kita kembali &'appointment' dengan dia hanya boleh berlaku dalam masa 1 tahun lagi, semoga dapat bertemu dengannya lagi pada tahun depan Insyallah.

Hari terakhir berpuasa tahun ini, the only hari aku terlepas untuk bersahur, fuh. Bajet2 nya dapat la complete bersahur & berbuka pada masa nye, tapi terlepasa pula untuk bersahur di hari terakhir.Xpela, nak buat macam mane kalau dah terlepaskan. Down x dapat nak bersahur pagi ni, siap2 la nak pegi kerja, tgk kat luar hujan yang boleh boleh dikata agak lebat juga. Hmmm, memang cobaaan tol nak paegi kerja harini.

Masuk office, tengok x ade orang, haha, kalau ada pon, yang non muslim, n then, dorang tanye la, "eh, x cuti ke hari ni, kampong kat mane?" x cuti la beb, orang baru lagi, x pe, ptg kang aku balik ar.. Ish2.

Baru perasan, dah lama x berblogging. Banyak gak cite2 yang x sempat nk diceritakan (mcm la ada orang nak baca entry aku ni). Alhamduliilah, sekarang nie sudah keja, kerja bese2 jer, alhamdulillah gak, untuk pertama kali nye aku membayar FITRAH daripada hasil titik peluh aku sendiri, semoga rezeki yang diperoleh ini diberkati Allah SWT.

Okay2, cukup2 ar tue menulis, tadi nasib baik x kantoi ngan bos berblog nie, dan2 je dia masuk mase aku ngah menaip nie, banyak2 mase lain, x masuk plak dia...

Ok, adios, babeh, Wassalam....

p/s - harini hari Isnin, esok hari raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, April 25, 2011

Selesai sudah...

Alhamdulillah, syukur keatas limpah rahmat NYA, kerana diberi kesihatan & kekuatan untuk terus mengabdikan diri kepada yang ESA, Allah SWT yang satu. Syukur bercampur lega kerana selesai sudah tugasan menyiapkan laporan FYP yang mengambil masa 1 tahun. Sebenarnya wat dalam masa 1 minggu jer. Bermacam-macam pengalaman diperoleh sepanjang masa menyiapkan tugasan ini,meyiapkan laporan bagi diriku ini tidaklah susah mana, tapi bahagian nak tulis reference ngan table of content / figure / tables (jadual) tue yang x tahan nak buat. Sesuatu kerja yang amat melecehkan bagi diriku ni. Disini, tumpuan dan fokus mata amat lah penting agar tidak tersalah key in data2 yang diperoleh, disamping itu, padanan muka surat berserta figure/table mestilah betul. Malulah nnt kalau examiner baca report kita, isi report semua dah ok, tapi salah letak muka surat or salah wat reference.  Kalau kira, nampak benda2 nie semacam sangatlah remeh, tapi, benda yang remeh temeh ni la org suka sgt tgk. Benda remeh temeh ni la bleh effect kita punye grades @ markah, kerana ia menunjukkan tahap keseriusan kita ketika menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi ku, tidak kisahlah untuk aku spent 1 jam, eh yeke 1 jam, cam lebih jer, untuk buat benda remeh temeh itu kerana berbanding masa yang di peruntukkan untuk menyiapkan project ini adalah 1 tahun, 1 jam itu berapa peratus sangat lah berbanding 1 tahun di gunakan masa untuk kerja ini. Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi abu, buat sesuatu kerja itu, biar sungguh-sungguh walaupun ia sukar untuk dilakukan.

Kisah untuk hari ini pula, bangun pagi, buat report. Then cam biasa pergi la gpcl kat engin tu. Tengok ramai gak bdk2 ngan sibuk siapkan report plus bdk2 yang ngah print report diorang. Bagi diriku, mengedit report juga 1 tugasan yang melecehkan, tapi kna buat gak la. Dalam after zuhur tue, siap semua ar kerja mengedit. Maka kerja mem print pula dijalan kan. Mengikut pengalaman2 ku yang lepas, kerja mem print merupakan kerja yang pada dasarnya nampak mudah, tetapi, pada hakikatnya, kerja yang boleh memimbulkan tekanan perasaan jiga tidak dirancang / plan dengan baik. Mungkin bagi sesetengah org, siap jer report, bukak file report kat PC print, trus tekan butang print. Ok, nampak cam x de problem kan, masalah timbul bler kemungkinan printer tue, tengah ramai org 'que' @ berbaris. Coz biasa la, hari nak hanta report, maka ramai la orang yang ingin menggunakan perkhidmatan ini (maka sesiapa yg bwt buisness printing, maka beruntunglah bagi mereka). Bila que ramai, so, waktu menunggu juga lama, disamping itu, printer yang digunakan pula hanyalah 1 sahaja. maslah timbul bila semua org nak print pada waktu sama, maka, akan terjadilah orang lain terambil @ tertukar kertas ngan kita, dah semua bajet nk print 40 50 helai skali print, mana nak perasan kalau ada 3 4 helai kertas yang tercicir. ataupun x perasan ada kertas yang dakwat print x cukup. Maka pada waktu itu, tekanan perasaan @ tension akan melanda. Bagi ku, tidak mengapalah untuk print sikit2 (aku print 1 1 ikot chapter) biar lambat, asal selamat, dan x la pening2 kepale dok pikir pasal kertas yang missing. Bila wt sikit2, senang sket nak kira @ perasan kalau ada kertas yang tercicir.

Fuh... letih plak menulis, dok bagi tips untuk mem print untuk sape2 yang suka print byk2 tue, terutama, kat adik2 junior yang nnnt wt fyp next sem insyallah, ikot la nasihat ni baik2..fuh.... Ok2, 3 hari lagi, kna present depan lecturer plak, ok, lets be prepare, time utk wt slide presentation plak... Adios... As-salam...

Friday, April 22, 2011

Budak sekolah...

Terasa seperti ingin menulis lagi (penat kot buat report yang tak mau siap nie). Hari ni seperti biasa la, bangun pagi2, terus start buat report, then after solat jumaat, sambung buat lagi kat GPCL E0 KOE. On the way balik ke mahalah (jalan kaki jer pon), ternampak la budak sekolah yang tengah main bola sepak kat padang Ali tue. Then, aku terkenang balik akan zaman ku belajar di matrik UIA PJ. Budak2 yang main bola kat padang tue mengingatkan aku kembali akan zaman kami bdk2 matrik mahalah UKC 2 selalu berebut-rebut padang ngan anak2 lecturer/staff yang keje kat matrik UIA ni. Yela, padang kat matrik tue pon bukan nye besar sangat, dah tue, ada 1 padang je kot kat situ.Pas je solat asar, dalam 5 stgh gitu, dah ada dah bdk trun main bola kat situ. Yang main nye bkn student matrik, tapi bdk2 sekolah. Tempat dorang main tue pulak, adalah spot utama tempat kitorang slalu main (kat tepi UKC 2). Hmmm, then bler kitorang dah trun nak main bola, mula ar bdk2 cam x puas hati, dorang cakap "ape nie, kitorang sampai dulu". Tapi kitorang wat dont know je.. ha ha, kesian tol dorang. Aku x wat pape, aku follow je.

Ingat lagi, dlu2, masa ptg2 kat matrik, slalu main bola ngan bdk2 UKC 2, acai, loqman, padin, eb, rem, caon, zaki, doktor faisal, mok, yemen, nuek, err... sape lagi ek, x ingat dah aku. dah lame dah kot, x ingat dah. Mian petang2 sampai masuk magrib, n kadang2 ada wat friendly lawan mane2 team yang ada kat matrik dlu.

Hmmm, pejam celik pejam celik, aku dah nak habis dah belajar kat UIA gombak nie, begitu cepat masa berlalu

ok2, mari sambung buat repot... huh...

Wednesday, April 20, 2011

Fuh... banyaknya...

Banyak tol keje report yang x siap lagi. Ha ha, padan muka, sape soh wt keje last minute. Kan dah menggelabah. X pe2, insyallah dapat siap kan report ni on time, n sempat gak nk present kat supervisor dlu b4 submit kat coordinator FYP.

ok2, meh sambung wat repot... ada sape2 nak tolong?????

Monday, April 18, 2011

Basuh Kasut...

Ok... dikala final exam yang sudah habis, aku berkesempatan la untuk balik rumah sekejap sebelum pulang semula ke UIA untuk menyiapkan tugasan Final Year Project (FYP). Ye, pulang ke rumah memang best, dapat la lepak2 tengok TV disamping mendapat kelajuaan internet di tahap maksima. Tenet UIA lembab cam siput, kadang2 tu, tak dapat langsung. So, bila kat rumah nie, aku pun melepak-lepak jela kat depan TV ni, n then, tiba2 terdengar la ibuku memanggil adik aku yang sorang ni. Cakap kat dia, kasut dah basuh blom??? Then, aku tengok kat muka adik aku, berkerut muka dia, n then cakap blom.

Nampak sangat la malas nye dia nak basuh kasut tu. Ni membuat aku teringat balik masa zaman sekolah aku dulu2. Asal weekend je, basuh kasut tue dah jadi macam kewajipan dah, x main ar masuk sekolah hari Isnin ngan kasut yang hitam berhabuk kan. So, nak x nak, kena ar basuh kasut tue, x pun, paling teruk pun, kapur la kasut tue sket. Ingat lagi masa dulu, basuh kasut hari Sabtu, tapi basuh lewat petang ar, then, dah basuh, nak sidai kat luar, matahari dah x de dah, kna la letak kat lua kasi berangin sket. Tapi x kering pon walau tinggal semalaman. Then esok pagi nya pulak, hujan dari pagi sampai petang, ha ha, padan muka, sape suroh basuh lambat2. So, alternatifnya nak kasi kasut cepat kering, letak la kasut tu kat bawah peti sejuk (kat bawah peti sejuk kan panas). So, dengan harapan menggunung, harap kasut tue kering la sebelum pegi sekolah esok.

Esok paginye, ambik kasut tue, ada lembab2 sket, tp, belasah jela, kira ok la sket dari kalo pakai rase sama cam rendam kaki dalam air, kira ok la. Then pegi sekolah, dalam kelas, ngan stokin2 pon jadi basah, x selesa la plak.. Ho ho, ni la akibatnya kalau basuh kasut lambat2.... Then, bler aku fikir balik, how i miss those time during my school days... Hmmm...

p/s - tadi tengok game ArSengal vs LiverFool, game yang paling lawak skali aku pernah tengok... ha ha

Thursday, April 14, 2011

1 jer lagi

Alhamdulillah, exam biomaterials baru je abis, so tinggal 1 je paper esok. Paper last skali sepanjang dok kat UIA tercinta ni. So, pas exam sok, maka secara rasmi nye, tamat lah sesi peperiksaan utk diriku, Insyallah harap2 x de la yang sangkut So, cmne exam td, ho ho, ok la bagi aku, exam kali ni x mungkin sedikit mencabar, tapi, dah lepas dah pon, wat pe dok nak pikir2 lagi. Look forward sudah.

Esok last paper, paper EOP, apakah yang ingin saya study EOP @ English for Occupational Purposes, kira subjek bahasa la kena ambil ni. Emmm, rase2 nya sok exam kluar cam ne nak wat proposal kot, ayat pasif & active etc. Kita tunggu jela esok. Seriousl, mood nak exam dah x de dah nie. Kna pulak ni antara exam terakhir yang masih berjalan kat UIA nie, most budak2 yang dah abis exam, ramai jer dah balik. So, time2 macam nie, UIA agak sedikit lengang la. Sonang sket den nak paking kereta. X payah ar nak berebut rebut tempat paking.

Emmm.. ok ar, ni jela 4 diz time. As-salam

p/s - rasenya, exam td, aku kluar 1st skali kot utk subj biomaterials, then, ada member cite td, as soon je aku kluar, ramai je plak yg dok follow. Aku dah agak dah, bdk2 ni tgu ada org wt jalan dlu... ceh.. huh

Tuesday, April 12, 2011

DESSKEE dah share TV

Hmmm... ayat  ni dah lama aku x tulis yer. DESSKEE dah share TV. Quotes yang slalu digunakan didalam LAN Mahallah Az-Zubair Al Awwam UIAM 07-11. Sape2 yang ada LAN & join Vypress chat disini, mereka pastinya tahu @ aware dengan ayat ini. Ini kerana, sebaik sahaja mereka terima mass message drpd DESSKEE, mereka tahu akan kehendak utama mereka iaitu menonton TV saluran media perdana akhirnya tercapai. Pada am nya, aku akan mengshare kan siaran berita TV3 pada waktu puncak iaitu jam 8 malam dimana pada waktu itu most of bdk2 Zubair akan terduduk dihadapan PC/laptop mereka menunggu utk menonton berita hal ehwal semasa. Maklumlah, bdk2 universiti ni susah sket nak baca suratkhabar. Mereka lebih selesa membaca berita2 di internet ataupon membaca buku berkaitan mata pelajaran diorang. Tapi, most the time bdk2 ni dok depan PC dok main game jer, especially DOTA.

Slalunye, mass message DESSKEE dah share TV ni kluar 30 min sebelum berita jam 8 ke udara. So, slalunye, dapat la dorang2 ni tgk kartoon yang TV 3 tayangkan pada watu itu. Aku ngat lagi, rancanagan mcm Detective Conan ngan Atashinci slalu keudara pada waktu itu. Kadang2 tu, asal aku terlambat sket je nak share TV, mula ar dapat msg2 yang menanyakan kenape aku x share TV malam tu... Fuh... leh main demand2 plak. Tp, aku x kisah, janji dapat berkhidmat dengan komuniti LAN Zubair ni. Walaupon aku x dapat apa2, tp aku dapat rasekan aku dapat la memberi sumbangan kepada rakan2 LAN aku ni yang x dapat berita tentang dunia luar ni. Huh..

Kadangkala juga, aku juga mengshare kan rancanagan yang keudara LIVE seperti Perlumbaan Formula 1, Perlawanan bola sepak n sometimes rancangan keagamaan seperi AL-Kulliyah dan Tanyalah Ustaz. Walaupun kadang2 mengshare kan TV ni ada satu perkara yang best, ia jadi x best bler PC kite jadi lag kerana terlalu ramai yang menonton nye. Ini menyebabkan, aku x dapat membuat kerja2 lain di PC ku ini. So, kadang2 tu, terpaksa lah aku berkorban dengan menuggu sehingga rancangan berita itu tamat. Kadang2 gak aku main tutup jer TV tuh.. 

Teringat jugak aku akan capaian traffik yang sgt tinggi terhadap TV yang aku share ini, sehinggakan aku terpaksa merendahkan quality video (utk stream) supaya, kurang sket lag pada siaran TV tu. Cerita yang bdk2 Zubair ni minat sgt nak tgk, cite Nur Kasih... ha ha, ramai la btol yang follow Nur Kasih. bajet aku x tau. Asal hari Jumaat malam jer, bdk2 ni dh sibuk dh comment psl cite ni kat Vypress chat. Siap tempah kat aku soh jgn lupe share TV malam tu gak.. Ha ha, mcm2. DESSKEE pon follow Nur Kasih gak.. Nur Amina I like. 1 lagi, best nya kat cite Nur Kasih ni, sebab cite ni byk wat shooting kat dalam UIA. maklumlah, Nur Amina tu kan dapat degree architecture kat UIA.. Ha ha, siap pakai jubah graduasi gitu..

Ok la, zaman ber LAN kat Zubair ni dah nak abs dah. insyallah sem ni last la aku kat UIA, buat bdk2 LAN Zubair semua, aku wish kat korang semua all the best la. Korang semua memang terbaik (DESSKEE merupakan salah seorang pengasas LAN Zubair). 4 tahun berkhidmat dengan anda semua, memang menyeronokkan. Ruangan chatting di Vypress juga sangat best. Asal ada benda best jer korang tgk kat video @ gambar... nnt ada la link2 yg dipostkan kat board VY tue. X lupe gak, watak Pedo Bear yang byk 'menghiburkan' chatter2 dalam Vypress chat itu. Pedo... ko memang kelakar. Sehinggakan dia diberi gelaran as 'portable entertainer'. letak la kat celah mane pon, dia memang kelakar... ha ha

Juga kpd user2 lain seperti NICE (raja movie), Chief, Jethro (admin LAN Zubair), liespirit, pedo bear, matspek, doul, yuyu, abg budin, kucing itam, Johari, Batman, misepoy, Majin Buu Otomen, lalacici, anak padi, paradox, thecox & byk lagi ar. Sori x dpt nak mention semua. Ada tu yang dah x ingat dah. Korang memang best. 

Kadang2 tue, kat dalam LAN Zubair tue, semua org kenal, tp, bler kat luar tue, selisih bahu pon org x kenal.. ha ha, mcm2 btol. Tp, bler tanye psg LAN, br la riuh bercerita yg dia ni guna nick apa.. pas tue, gelak2 plak..
Hoho

Ok la... thats all psl LAN Zubair. pengalaman ni mmg aku x akan aku lupakan... huh... All the best utk korang semua di tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini... Sekian

Saturday, April 9, 2011

Blur...

Kenape saya blur. Bukan saya saja yang blur. Semua orang pun rasanya blur jugak. Esok exam electroceramics, subjek pilhan elektif terakhir buat diriku. Tapi, kebluran akan subjek ini mencengkam jiwa raga ku ini kerana kurang nya kefahaman akan subjek ini. Apa yang ku tahu adalah, penting nya untuk memahami Kroger Vink notation, benda bulat2 dan tanda dash kat atas. Vacancy, defect concentration, brower diagram, semua ni memerlukan akan penguasaan akan Kroger Vink notation ini. Exam esok, adakah mampu untuk aku mengisi tempat kosong yang ditinggalkan solan untuk dijawab. Ataupon aku akan meninggalkan ia kosong begitu sahaja. harap2 nya jasa baik Sir Napi untuk berikan belas kasihan kpd kami. Huh...

Dah2, jom sambung study.... lalalalaa...

Thursday, March 31, 2011

Bertenang...

Ketika melakukan seusuatu, kita digalakkan supaya sentiasa bertenang & fokus ketika melakukan sesuatu. So, apakah ketenangan & fokus entri blog kali ini. Ya.. anda memang bijak, apalagi entry kali ini adalah dedication untuk kerja-kerja FYP ku yang sudah selesai (experimental sahaja yang dah siap, report belum lagi). So, hendak mendapatkkan result daripada experiment FYP ini, ia memerlukan kesabaran, kekuatan, ketabahan, kekentalan & segala jenis 'ke' mental & fizikal untuk meneruskan & menyiapkan kerja-kerja FYP ini. Eh tertinggal 1 lagi, fokus (pasal benda ini aje memang aku lang btol ar, asyik divert kat tempat lain jer) Hendak mendapatkan result experiment ini, bukanlah mudah seperti yang disangka, bila masuk klas, jumpe madam, semua nampak mudah untuk difahami & dipraktikkan. But then, sampai masa untuk mempractikkan apa yang sudah dirancang untuk dibuat. 1 1 masalah timbul. Mula dapat prob macam, "eh, kenape plak wayar ni x cukup sifat, larrr.... klip buaya ni dah berkarat, sampai nak bukak pon dah x bleh. Then, bler elok je problem2 ni dah setel, datang plak ar problem lain. (FYI, experiment FYP ku ini memerlukan aku untuk assemble circuit @ litar elektrik)

Masalah timbul apabila tiada bacaan dapat direkodkan daripada multimeter yang berfungsi untuk memaparkan nilai bacaan pada litar yang sudah di assemble. Then, kat sini, terpaksalah kami back track balik kerja2 kami untuk mencari diamankah kesilapan yang telah dilakuakan. Dan kat sini la, kesemua 'ke'  iaitu kesabaran, ketabahan, kekentalan dan lain memainkan peraan penting dalam menyiapkan tugasan FYP kali ini kembali menghantui diriku.

Alhamdulillah, seperti yang diramalkan, kesemua tugasan2 expeimental FYP ku ini telah siap juga akhirnya. Sekarang, boleh la nak study untuk final exam, n then, after that, buat report untuk FYP ni. Huh.... Most important things, mesti bertenang, sebab, kalau asyik nak buat kerja cepat2 je, at last nanti ada la benda lain yang tertinggal or ter'miss'. So baik buat slow2 (not too slow) n bertenang ketika buat. Kalau rase cemas atau risau sebab x dapat result yang dikehendaki, rilek2 dlu, kluar lab kejap. Ambil angin, tarik nafas byk2. Or pg la jalan2 pusing2 kat lab e5 tu kejap. e5 tu pon bukannye besar sgt....

Adios... sambung lagi cerita ni kemudian... nak g riadah jap... Hoho

Tuesday, March 29, 2011

Sikit jer lagi...

Hmmm.... semuanya nampak seperti akan selesai tidak lama lagi. FYP, final exams n yang paling penting sekali... Life as undergrade students. Sikit jer lagi, nampak cam semua nye dah nak sampai kepenghujung. betul la seperti kata orang, setiap yang bermula, pasti akan berakhir. setiap yang hidup, pasti akan mati. Ada pertemuaan, ada juga perpisahan. hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita kat atas, ada kala juga kita kat bawah.

Bila difikiran semuala, macam2 yang dapat dipelajari sepanjang hidup bergelar mahasiswa ini. Belajar hidup berdikari (eh... dlu pon dah dok asrama). Belajar wat keje sengsorang n kumpulan. join mcm2 aktiviti n program. G rewang2 ngan member2 (dlu2 x de chance nk wat). Pendek kata, betul la mcm org ckp, life kat universiti la yang paling best sekali (ckp cm did tue dah abs blaja jer).

Selepas hampir 1 tahun berjuang hendak menyiapkan FYP ku ini. tugasan ini semakin hampir untuk diselesaikan, ntah kenape kah bagi most of final year student, final exam dah cam x penting sgt bler dok memikirkan tentang tugasan FYP yang masih belum selesai. sebaik sahaja tugasan fyp siap, br la senang hati nak buka buku n study. Insyallah, jika tiada aral melintang, FYP ku ini dapat disiapkan dalam minggu ini ( O Allah, please help me)

Ok2... sikit je lagi ni, kadang2, macam x nak benda2 ni semua berakhir pon ada. But this is life... hargailah ia pada setiap masa.

Saturday, March 26, 2011

Friendly

International/club football friendly features Malaysia vs Etoile FC a french outfit club that playing their trade in Singapore league. A current S-League champion, they will provide us with a good physical challenge with our current player with some good technical ability.

For me, it doesn't matter whose Malaysia are playing, but the most important things is they manage to play together as a team and build up a good bonding & understanding for upcoming world cup qualifiers asian zone. To be realistic, we dont have the chance to go through until the finals that will be held in Brazil, but we are building a strong team that are challenging teams within asia region. We are the king of south east asia, now is the time for us to establish ourself as the next big things for asia. As we know are having a better structured of football team, with Harimau Muda A(under 22), Harimau Muda B (under 20), and 2 team that are playing in President cup (SSBJ). Plus another team that has just been assemble, under 17, 16 & 15. With all of the batch of player, it will provide the coach with vast of player to choose & more good player will coming through the rank.

Hopefully we gonna see the true Harimau Malaya spirit in the next few years Insyallah.

Wednesday, March 23, 2011

Around the corner...

Yes... the examination is just around the corner. This time, its not just a final examination, it gonna be a final examination for the final time for me in this beloved university harap2 x de yang kna repeat ar. This time around, the hype or the fever of final examination did not like the other final exam before. This is maybe because of the Final Year Project (FYP) matters that I should dealt it before graduating as IIUM graduate.

FYP... anda masih belum selesai, jadi, jangan lah malas2 lagi, siap kan awal2, nnt leh ar study benda lain plak. ekeleh, dari awal sem dok cakap benda sama jer, tp, siapnye, x gak. Then, after dah siap, tugasan experiment di lab, tugasan menyiapkan report pula menunggu. Then, x kira lagi tugasan utk menyiapkan poster pula. X pe, we take it one by one, wat 1 1. Kite tgk nnt jd cmne... Ha ha

Tuesday, March 22, 2011

Semi Final

Hari tu punye game futsal (semi final), x cite lagi. Tapi mood nak menulis juga tiada. So aku rasa cam nak share gambar aje ar,.

Kimi: Sorry mokh, ko jd reserve lagi arini..
Mokh: Alah, ko dah jadi star cam Khairul Fahmi, ko dah lupekan aku...

 bola oh bola, goal la ko arini


 Strecthing la Alip, gelak plak dia,
Lan, sakit pinggang ek..


 BAHAN FC

Keeper yang stylo

 Here we go...

 Alip.. amik bola nie

 Lan mengelecek dengan cantik skali

 Ekeleh, hilang dah bola, bajet nak dribble cam Ronaldo tadi

 Meli... hok kanan tue mu jage molek..

 Oit.. pegi la jaga tue, nanti goal plak kang

 Keeper yang sentiasa steady

 Rebut-rebut bola itu


 Messi mengelecek.. tu dia...

 Shaolin soccer... Aikkk yah.....

 Gaya seorang pemain star

 Gambar pasukan selepas kalah

 Posing untuk kali terakhir

 Wat-wat cam gembira, walaupon hakikatnya baru pas kalah

Walaupun kecewa, team spirit yang kuat jelas kelihatan diwajah-wajah mereka

Permainan pada petang itu berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan pergerakan berbahaya dan lebih berhati-hati diawal permainan. tetapi akibat kelapaan barisan pertahanan, pasukan lawan berjaya menjaringkan 1 goal mudah yang menyentap jiwa pasukan. Down btol. Keeper kayu, bola camtu pon leh bocor.. ha ha. Permainan bersambung dengan pasukan lawan terus ghairah mencari goal kedua, dan usaha mereka berjaya apabila berjaya menjaringkan goal kedua. goal itu terhasil dilewat separuh masa pertama & ia menyentap semangat pemain-pemain BAHAN FC.

Diseparuh masa kedua, pertukaran taktikal dilakukan BAHAN FC, dengan memasukkan beberapa pemain baru. Pertukaran taktikal iu berjaya mengubah corak permainan dengan BAHAN FC berjaya menguasai hampir keseluruh permainan di separuh masa kedua, & hasilnya, BAHAN FC dihadiahkan sepakan penalti selepas Joe dijatuhkan didalam kotak penalti. Tendangan penalti diambil oleh liesprit walaupon ketua pasukan mengarahkan pemain lain yang mengambilnya. Tetapi mamat sorang nak degil, dia cakap dia nak meyepak po deras, compem goal nye kata nye. tapi, sayang, tendangan penalti yang diambil nye, berjaya diselamatkan oleh penjaga goal lawan. Kesempatan yang dilepaskan itu terus menyentap semangat & moral pasukan. Akibatnya, sekali lagi liespirit melakukan kesilapan , dengan membenarkan dirinya digelecek & di 'ole' oleh pihak lawan. dah kna ole, x reti2 nak keja bola tue balik.. dia dok biar aje mamat tue lari bawak bola. Akibatnya, penjaga goal terpaksa behadapan dengan situasi 1 lwn 1, dan akibatnya, BAHAn FC memboloskan goal ke 3 mereka. dengan itu, musnah & ranap lah harapan BAHAN FC untuk ke perlawanan akhir.

Walaupon tewas pelawanan ini, wajah2 kepuasan jelas terpacar diwajah pemain2 BAHAN FC kerana berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir. Aku pon sebenarnya x sangka gak, team ni kuat camni, bajet team yang leh jadi lauk jer..

Kepada liesipir, kuatkan semangat anda menepuhi hari2 berikut nya, walaupon kena 'ole' ngan opponent.. Ha ha

Eh, td bajet cm nak share gambar je, then, tetiba la, byk plak menulis nye... ho ho

Friday, March 18, 2011

MHI @ UIAM

Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) bersiaran secara langsung pagi tadi di Universiti terchinta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. aku yang di inform kan tentang perkara ini malam sebelumnya, tidak ambil peduli pon sangat sebenarnya. So biar kan aje la.coz aku tahu esok harinya aku ada banyak kerja lain yang hendak disiap kan. Terutamanya tugasan FYP ku ini yang alhamdulillah sudah pon masuk ke fasa terakhir, iaitu mendapatkan results.

Then, pagi td, selepas bersiap-siap hendak pegi kulliyah, terdetik la hati ini nak pergi la tengok sangat apa la yang ada sangat kat centre IIUM ni. dari jauh kulihat, segerombolan manusia menyerubungi khemash-khemah ditengah-tengah pusat centre UIA ini. Kusnagka, program rancangan MHI ini sudah habis, rupanya, ia masih bersiaran. So, aku pon, dengan selamba pergi ketengah-tengah kumpulan manusia yang sedang menonton personaliti TV3 itu dari dekat.

Then nampak la orang-orang yang selalu masuk tv tue.. yang aku kenal si Wardina ngan mak Cik Aisyah.. ho ho. then pengacara lagi 2 orang tue, x brape kenal sket. Tapi yang lelaki tu ex student uia rasanya. Coz dengar dia cakap td. Ho ho...

Tak dok lama sangat pon kat sana. coz kerja FYP ku sedang menunggu di corrosion lab.. hoho

 sister ni main balas-balas pantun ngan mak cik Aisyah


Wardina panggil budak-budak uia semua, cakap jangan lari.. hoho

nak abis dah nie


 berjaya menyelit sebelah ngan cameraman TV3.. hoho

p/s - td rasenya cam termasuk dalam tv la sket.. hampeh


Tuesday, March 15, 2011

Bad day...

Bad day... why today was such a bad day for me.. Uhuk.. seem everything day that happens today just not as what i expected. From morning till evening, everything just didnt go right for me. Surely must be something wrong. Hmmm, maybe I should blame my self for all of this. Some of the problem that concur to me today, some of them might be avoided if i managed to plan my self accordingly. Like some say that, "fail to plan, means plan to fail". But, not only you must have a good plan, but also you need to discipline yourself  to follow the plan. Not just having a plan and then just let the plan processing by itself. That's definitely means you are planning for failure.

Just need telling myself, that everything happen with a reasons. There is a hikmah with everything just happens. It is just how you pick your self up when and bounce back to do better than before.

Oh, today is a bad day,
what else could i say,
today is a bad day,
O Allah please show me the way.

Sunday, March 13, 2011

Disastrous

    Few days ago we all have been shocked with the nwes of earthquake & tsunami that struck Japan. Earthquake with the range of 8.9 richter scale cause a major catastrophic to the nation. More than a thousand people has been reported killed and about 170 thousands people has been orderd to evacuate the area.

 A massive earthquake triggered a devastating tsunami in northeastern Japan killing hundreds. [Reuters]

The 8.9-magnitude earthquake struck on Friday afternoon, creating gigantic waves. [Reuters]

Water submerged highways in the city of Sendai as the tsunami struck [AFP]

The quake shook Japan and roads in many cities caved in. [AFP]

    As for myself, I only can say Alhamdulillah to Allah as their are no such that calamity occur to our country. Eventhough we know Japan are 1 of the most advance country in this world, but with just in the blink of the eyes, Allah can destroy their entire infrastructure  in one blow. As we look into the past history where Allah destroyed Saba' tribe who refuse to follow Allah command. Thus destroy their entire civilisation.

Countries around the Pacific basin are on tsunami alert. [Reuters]
 
Friday's twin disaster was one of the biggest to hit Japan in recent decades. [Reuters]
 
 A ship is washed aground in Kamaishi City, Iwate, by the tsunami which followed the Japanese earthquake [Reuters]

   We must understand that, that must be a reason when something happen to us. I may be a sign of something that we have done before. So, i just want to remind myself and others that, we need to looked what we have done, dont do mischief in this world and increase our taqwa everyday as we dont know, when & where we gonna die.

Praise be to Allah...

Monday, March 7, 2011

which one?

Yang mana 1 idaman kalbu. Ho ho, apa jadahnye yang mane 1 idaman kalbu, nak kahwin dah ek. Ho ho, itu cerita kemudia la. Last week ada la kesempatan untuk masuk competiton futsal ngan bdk2 BAHAN anjuran bdk ELITE (rasenya bdk2 english language kot). Dah kat final year nie, ada la sorang kawan tue cakap, ni jela masa yang ada kite nk wat team main same2. Untuk suke2 jer. Nak dikira, bdk2 BAHAN ni pon, kitorang ni bukan nye ramai sgt. Dah la x ramai, yg reti main bola / futsal pon bukan nye ramai. Tp, final year punye pasal, ajak jela sape pon main wat kasi cukup kuota pemain. Ada 2 yg x pernah main / tau undang2 futsal pon kitorang ajak main. Final year la katakan.

(Click the picture to enlarge it )
Inilah gelanggang 1st & 2nd game kami
Budak-budak comitee

Aksi-aksi game pertama

1st choice goalkeeper kami

Ni reserve goalkeeper kami, suke betol dia

Eh, ada plak penyokong datang kasi sokongan, terharu betol

Kejar bola tu, kejar


Kejar weh kejar

Aigo... weh, asyik keja bayang jer nie

Arr... cepat counter cepat...

1

2

3

Ni gambar pas menang 2nd game, gambar pas kalah 1st game x de, tu pasal ar nampak gembira aje

weh, mokh, 2nd game ko kna drop, sori, ganti keeper reserve plak.. Huh

So ble dah cukup orang nak main nie, training pon x pernah wat sama2, nak kna trun main 1st game. Aku pon yg jarang2 trun riadah ptg2 pon dok main gak. Risau gak takut2 x cukup stamina / fitness nak trun main nie. Kecergasan yang dah x peak macam dlu lagi, maklum lah, dah final year, kadanag2 tue, balik bilik pon ble dh lewat ptg. Nak trun bersukan pon dah x de mood.

Pendekkan cerita, so kitorang pon main la 1st game kitorang 2  kat futsal court male sport complex. Ada 4 group semua nya, with 3 team for each group. Juara n naib juara each group will advance into the quater final. So, senang kata, kalau dapat menang 1 game pon dah cukup. 1st game kitorang, trun dengan penuh semangat, tp, kitorang kalah 0-2. Rasenya game tuh, br seminit lebih  start kitorang dah kena 1 kosong . Huh, dah nampak dah alamat x baik ni (utk group stage, each half kitorang main 5 min with 1 min rest for the interval). Kire, bajet mase tue, maybe kitorang x panas lagi kot. Nie alasan biasa ble kalah ar.

warming up before kick off game quarter final
Ini keeper sudah kena drop ar, off form.. huh

Keeper reserve siap leh timang-timang bola lagi, gempak kot
Tengok tuh, siap gayut2 kat tiang gol lagi

Suke btol dia posing

Kire ore tue, cukup dok?

Weh.. ref kayu.. lambat btol ar

Cantik skali sepakkan penalti yang diambil
Gaya cam Messi plak

Game x abs lagi nih, dorang dh suka2 plak
Gaya tenang keeper dipenentuan sepakkan penalti
Konsentrasi tinggi diperlukan

Get set go...
dan itu dia goal kemenangan kami

Wajah-wajah gembira lepas menang
Fokus tengok potential opponent next game, yer ar, dah menang katakan


Tewas game pertama, bermakna kitorang x de choice lain except utk menang next game jika mahu ada harapan utk melayakkan diri ke suku akhir. Masuk 2nd game focus permainan hanye utk menang, dan alhamdulillah, kemenangan dapat dicapai. Kitorang menang 2-0,misepoy score 1 (ni sorang kitorang import, dia bkn bdk2 BAHAN), n 1 lagi he he.. ak score gak sebijik. Yang ak ngat, goal keeper dorang ntah apa mimpi dia pg kutip bola kat tepi court, n then sepak ketengah court, tp, malang nasib dia coz dia rembat, tp, x sampai kat member, tp sampai kat aku, then ak pon merembat aje la n masuk trus dlm goal. Maybe nasib gak kot coz aku rembat gune my weaker foot, bola pegi x laju, tp accurate ke goal. so, menang dpt msk quater final. (fyi, team yg kitorang kalahkan ini juga kalah dlm game kedua mereka, sebab 2 kitorang dpt layak next stage)

Suku akhir lak, kitorang lawan team yg kitorang rase agak kuat gak. Game ni mmg best coz, game ni kitorang menang after buat comeback selepas ketinggalan 0-2 diseparuh masa pertama. Tp kitorang bangkit utk mengikat keputusan menjadi 2 sama hasil jaringan Liespirit n Joe. Perlawan dilanjutkkan ke penentuan sepakkan penalti dimana sekali lagi kitorang melakukan comeback disaat genting. 1st taker, Joe ambik, tp keeper dorang dh save, tanda2 nak kalah sudah kelihatan. Tp goal keeper kite menjadi penyelamat apabila meyelamatkan sepakan penalti yang terakhir lawan yang membawa kita ke sudden death sepakkan penalti. Pemain terakhir kita, misepoy, berjaya menyempurnakan sepakkan itu dan membawa kita ke separuh akhir.

Huh.. nak cite pasal semifinal lagi, tp cm dah penat menulis plak. Lain kali ar yer ble ak rajin nnt. Ha ha
eh, sebenarnya cm dah lari lagi la dr tajuk sebenar entri kali nie, which one... lain kali ar aku cite ek.. ha ha

p/s - dapat luka2 kecil kat lutut (kanan n kiri) sebab wt diving ms main semifinal arituh. Nnt cite lagi.. ha ha
x pasal2, nak jalan pon dh susah, sj carik penyakit...