Thursday, December 29, 2011

Hari cuti

Sekiranya hari ini aku masih belum menghabiskan pembelajaran aku di universiti, pasti aku sedang men'struggle'kan diri menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir semester ku. Tetapi, berkat kerja keras berserta doa, pengajian di universiti sudah tamat, maka perjalanan hidupku ini diteruskan di alam perkerjaan.

Sudah lebih 5 bulan rasanya aku sudah berkerja, dan rasanya, seperti sudah lama juga tidak menulis di blog ini. Bila difikirkan, benarlah kata-kata 'senior' aku yang menyatakan bahawa waktu belajar itu adalah jauh lebih 'best' berbanding dialam pekerjaan. Maklumlah, dialam universiti, anda masih seorang pelajar, orang tidak bolleh menjatuhkan hukuman atau hendak marah-marah, kerana anda masih BELAJAR. Tetapi tidak ketika anda sudah dialam bekerja, tiada erti 'buat salah' dialam pekerjaan, apa sahaja tugasan atau kerja yang diamanahkan kepada anda, andalah yang bertanggungjawab keatasnya, dan bersedia menanggung risiko atau akibat terhadap apa yang berlaku atau 'consequence'.

Bercakap pasal kerja ini pula, diakhir tahun ini banyaklah pula orang yang ingin mengabiskan cuti meraka, tidak ketinggalan juga kepada diriku, hari ini aku menggambil 1 hari cuti daripada cuti tahunan aku. Tidak banyak aktiviti yang dibuat hari ini, cuma berehat dan menonton televsion. Tetapi, walaupun didalam hari cuti, tugasan atau kerja dipejabat tidak bercuti sama. Berkali - kali juga hari ini telefon ku berdering dengan panggilan diterima daripada pejabat ataupun rakan-rakan daripada pejabat. Termasuk juga satu panggilan daripada 'bos' ku yang bertanyakan perihal kerja kepadaku. Sudah jika 'bos' yang telefon, pastinya 'something' important yang terjadi. Sama ada akan jadi 'bahan' kena 'tembak' ataupun hendak 'clarification' untuk mengelak daripada di'tembak'. Begitulah perihalnya kehidupan dialam pekerjaan ini, banyak betul cabaran yang hendak dihadapinya.

Beralih daripada kisah tugas pejabat yang dibawa kedalam rumah, aku pun hanya menonton 'movie-movie' dan bermain 'video game' yang masih ada dalam 'PC' aku ini. Game yang terbaru, 'fm2012' ataupun football manager 2012. Selepas maghrib pula, tiba-tiba terasa hendak tengok cerita '3 idiots', tengok-tengok, rupanya sudah ada dalam pc ini. Ini kerana semalam dekat TV3 macam ada tayang cerita ini. Nampak macam best. Rupanya memang best pun. Cerita tentang jadi engineer bukanlah segala-galanya. Jalan ceritanya memanglah sangat menarik. Dan malam ni pula TV3 ada menanyangkan sambungan cerita ini untuk bahagian kedua. Bila difikirkan, mungkin betullah apa yang hendak disampaikan didalam cerita itu, belajar hingga ke universiti, mendapat segulung ijazah, mendapat kerja yang baik, gaji yang lumayan, etc, tidak menjamin ada hidup bahagia. Satu ayat yang menari ingin dikongsikan bersama adalah ..

from your heart,
for once, dump your fears...
or someday, on your deathbed,
you'll regret it.

you'll remember that the letter was in your hand,
taxi was at the gate,
with just a little courage,
you could've turned your life around.

Ayat yang sungguh ' inspiring' bagi aku, yang mana membuat diriku untuk terus bekerja keras dan tidak takut untuk mencuba benda baru. Tidak mahu hanya ingin berada didalam 'comfort zone' sahaja. Rasnya, ini sajalah yang ingin dikongsikan bersama. 3 idiots di televsyen ini pun hendak dekat habis. Sampai sini sahajalah untuk kali ini. Assalamualikum..