Monday, April 25, 2011

Selesai sudah...

Alhamdulillah, syukur keatas limpah rahmat NYA, kerana diberi kesihatan & kekuatan untuk terus mengabdikan diri kepada yang ESA, Allah SWT yang satu. Syukur bercampur lega kerana selesai sudah tugasan menyiapkan laporan FYP yang mengambil masa 1 tahun. Sebenarnya wat dalam masa 1 minggu jer. Bermacam-macam pengalaman diperoleh sepanjang masa menyiapkan tugasan ini,meyiapkan laporan bagi diriku ini tidaklah susah mana, tapi bahagian nak tulis reference ngan table of content / figure / tables (jadual) tue yang x tahan nak buat. Sesuatu kerja yang amat melecehkan bagi diriku ni. Disini, tumpuan dan fokus mata amat lah penting agar tidak tersalah key in data2 yang diperoleh, disamping itu, padanan muka surat berserta figure/table mestilah betul. Malulah nnt kalau examiner baca report kita, isi report semua dah ok, tapi salah letak muka surat or salah wat reference.  Kalau kira, nampak benda2 nie semacam sangatlah remeh, tapi, benda yang remeh temeh ni la org suka sgt tgk. Benda remeh temeh ni la bleh effect kita punye grades @ markah, kerana ia menunjukkan tahap keseriusan kita ketika menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi ku, tidak kisahlah untuk aku spent 1 jam, eh yeke 1 jam, cam lebih jer, untuk buat benda remeh temeh itu kerana berbanding masa yang di peruntukkan untuk menyiapkan project ini adalah 1 tahun, 1 jam itu berapa peratus sangat lah berbanding 1 tahun di gunakan masa untuk kerja ini. Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi abu, buat sesuatu kerja itu, biar sungguh-sungguh walaupun ia sukar untuk dilakukan.

Kisah untuk hari ini pula, bangun pagi, buat report. Then cam biasa pergi la gpcl kat engin tu. Tengok ramai gak bdk2 ngan sibuk siapkan report plus bdk2 yang ngah print report diorang. Bagi diriku, mengedit report juga 1 tugasan yang melecehkan, tapi kna buat gak la. Dalam after zuhur tue, siap semua ar kerja mengedit. Maka kerja mem print pula dijalan kan. Mengikut pengalaman2 ku yang lepas, kerja mem print merupakan kerja yang pada dasarnya nampak mudah, tetapi, pada hakikatnya, kerja yang boleh memimbulkan tekanan perasaan jiga tidak dirancang / plan dengan baik. Mungkin bagi sesetengah org, siap jer report, bukak file report kat PC print, trus tekan butang print. Ok, nampak cam x de problem kan, masalah timbul bler kemungkinan printer tue, tengah ramai org 'que' @ berbaris. Coz biasa la, hari nak hanta report, maka ramai la orang yang ingin menggunakan perkhidmatan ini (maka sesiapa yg bwt buisness printing, maka beruntunglah bagi mereka). Bila que ramai, so, waktu menunggu juga lama, disamping itu, printer yang digunakan pula hanyalah 1 sahaja. maslah timbul bila semua org nak print pada waktu sama, maka, akan terjadilah orang lain terambil @ tertukar kertas ngan kita, dah semua bajet nk print 40 50 helai skali print, mana nak perasan kalau ada 3 4 helai kertas yang tercicir. ataupun x perasan ada kertas yang dakwat print x cukup. Maka pada waktu itu, tekanan perasaan @ tension akan melanda. Bagi ku, tidak mengapalah untuk print sikit2 (aku print 1 1 ikot chapter) biar lambat, asal selamat, dan x la pening2 kepale dok pikir pasal kertas yang missing. Bila wt sikit2, senang sket nak kira @ perasan kalau ada kertas yang tercicir.

Fuh... letih plak menulis, dok bagi tips untuk mem print untuk sape2 yang suka print byk2 tue, terutama, kat adik2 junior yang nnnt wt fyp next sem insyallah, ikot la nasihat ni baik2..fuh.... Ok2, 3 hari lagi, kna present depan lecturer plak, ok, lets be prepare, time utk wt slide presentation plak... Adios... As-salam...

Friday, April 22, 2011

Budak sekolah...

Terasa seperti ingin menulis lagi (penat kot buat report yang tak mau siap nie). Hari ni seperti biasa la, bangun pagi2, terus start buat report, then after solat jumaat, sambung buat lagi kat GPCL E0 KOE. On the way balik ke mahalah (jalan kaki jer pon), ternampak la budak sekolah yang tengah main bola sepak kat padang Ali tue. Then, aku terkenang balik akan zaman ku belajar di matrik UIA PJ. Budak2 yang main bola kat padang tue mengingatkan aku kembali akan zaman kami bdk2 matrik mahalah UKC 2 selalu berebut-rebut padang ngan anak2 lecturer/staff yang keje kat matrik UIA ni. Yela, padang kat matrik tue pon bukan nye besar sangat, dah tue, ada 1 padang je kot kat situ.Pas je solat asar, dalam 5 stgh gitu, dah ada dah bdk trun main bola kat situ. Yang main nye bkn student matrik, tapi bdk2 sekolah. Tempat dorang main tue pulak, adalah spot utama tempat kitorang slalu main (kat tepi UKC 2). Hmmm, then bler kitorang dah trun nak main bola, mula ar bdk2 cam x puas hati, dorang cakap "ape nie, kitorang sampai dulu". Tapi kitorang wat dont know je.. ha ha, kesian tol dorang. Aku x wat pape, aku follow je.

Ingat lagi, dlu2, masa ptg2 kat matrik, slalu main bola ngan bdk2 UKC 2, acai, loqman, padin, eb, rem, caon, zaki, doktor faisal, mok, yemen, nuek, err... sape lagi ek, x ingat dah aku. dah lame dah kot, x ingat dah. Mian petang2 sampai masuk magrib, n kadang2 ada wat friendly lawan mane2 team yang ada kat matrik dlu.

Hmmm, pejam celik pejam celik, aku dah nak habis dah belajar kat UIA gombak nie, begitu cepat masa berlalu

ok2, mari sambung buat repot... huh...

Wednesday, April 20, 2011

Fuh... banyaknya...

Banyak tol keje report yang x siap lagi. Ha ha, padan muka, sape soh wt keje last minute. Kan dah menggelabah. X pe2, insyallah dapat siap kan report ni on time, n sempat gak nk present kat supervisor dlu b4 submit kat coordinator FYP.

ok2, meh sambung wat repot... ada sape2 nak tolong?????

Monday, April 18, 2011

Basuh Kasut...

Ok... dikala final exam yang sudah habis, aku berkesempatan la untuk balik rumah sekejap sebelum pulang semula ke UIA untuk menyiapkan tugasan Final Year Project (FYP). Ye, pulang ke rumah memang best, dapat la lepak2 tengok TV disamping mendapat kelajuaan internet di tahap maksima. Tenet UIA lembab cam siput, kadang2 tu, tak dapat langsung. So, bila kat rumah nie, aku pun melepak-lepak jela kat depan TV ni, n then, tiba2 terdengar la ibuku memanggil adik aku yang sorang ni. Cakap kat dia, kasut dah basuh blom??? Then, aku tengok kat muka adik aku, berkerut muka dia, n then cakap blom.

Nampak sangat la malas nye dia nak basuh kasut tu. Ni membuat aku teringat balik masa zaman sekolah aku dulu2. Asal weekend je, basuh kasut tue dah jadi macam kewajipan dah, x main ar masuk sekolah hari Isnin ngan kasut yang hitam berhabuk kan. So, nak x nak, kena ar basuh kasut tue, x pun, paling teruk pun, kapur la kasut tue sket. Ingat lagi masa dulu, basuh kasut hari Sabtu, tapi basuh lewat petang ar, then, dah basuh, nak sidai kat luar, matahari dah x de dah, kna la letak kat lua kasi berangin sket. Tapi x kering pon walau tinggal semalaman. Then esok pagi nya pulak, hujan dari pagi sampai petang, ha ha, padan muka, sape suroh basuh lambat2. So, alternatifnya nak kasi kasut cepat kering, letak la kasut tu kat bawah peti sejuk (kat bawah peti sejuk kan panas). So, dengan harapan menggunung, harap kasut tue kering la sebelum pegi sekolah esok.

Esok paginye, ambik kasut tue, ada lembab2 sket, tp, belasah jela, kira ok la sket dari kalo pakai rase sama cam rendam kaki dalam air, kira ok la. Then pegi sekolah, dalam kelas, ngan stokin2 pon jadi basah, x selesa la plak.. Ho ho, ni la akibatnya kalau basuh kasut lambat2.... Then, bler aku fikir balik, how i miss those time during my school days... Hmmm...

p/s - tadi tengok game ArSengal vs LiverFool, game yang paling lawak skali aku pernah tengok... ha ha

Thursday, April 14, 2011

1 jer lagi

Alhamdulillah, exam biomaterials baru je abis, so tinggal 1 je paper esok. Paper last skali sepanjang dok kat UIA tercinta ni. So, pas exam sok, maka secara rasmi nye, tamat lah sesi peperiksaan utk diriku, Insyallah harap2 x de la yang sangkut So, cmne exam td, ho ho, ok la bagi aku, exam kali ni x mungkin sedikit mencabar, tapi, dah lepas dah pon, wat pe dok nak pikir2 lagi. Look forward sudah.

Esok last paper, paper EOP, apakah yang ingin saya study EOP @ English for Occupational Purposes, kira subjek bahasa la kena ambil ni. Emmm, rase2 nya sok exam kluar cam ne nak wat proposal kot, ayat pasif & active etc. Kita tunggu jela esok. Seriousl, mood nak exam dah x de dah nie. Kna pulak ni antara exam terakhir yang masih berjalan kat UIA nie, most budak2 yang dah abis exam, ramai jer dah balik. So, time2 macam nie, UIA agak sedikit lengang la. Sonang sket den nak paking kereta. X payah ar nak berebut rebut tempat paking.

Emmm.. ok ar, ni jela 4 diz time. As-salam

p/s - rasenya, exam td, aku kluar 1st skali kot utk subj biomaterials, then, ada member cite td, as soon je aku kluar, ramai je plak yg dok follow. Aku dah agak dah, bdk2 ni tgu ada org wt jalan dlu... ceh.. huh

Tuesday, April 12, 2011

DESSKEE dah share TV

Hmmm... ayat  ni dah lama aku x tulis yer. DESSKEE dah share TV. Quotes yang slalu digunakan didalam LAN Mahallah Az-Zubair Al Awwam UIAM 07-11. Sape2 yang ada LAN & join Vypress chat disini, mereka pastinya tahu @ aware dengan ayat ini. Ini kerana, sebaik sahaja mereka terima mass message drpd DESSKEE, mereka tahu akan kehendak utama mereka iaitu menonton TV saluran media perdana akhirnya tercapai. Pada am nya, aku akan mengshare kan siaran berita TV3 pada waktu puncak iaitu jam 8 malam dimana pada waktu itu most of bdk2 Zubair akan terduduk dihadapan PC/laptop mereka menunggu utk menonton berita hal ehwal semasa. Maklumlah, bdk2 universiti ni susah sket nak baca suratkhabar. Mereka lebih selesa membaca berita2 di internet ataupon membaca buku berkaitan mata pelajaran diorang. Tapi, most the time bdk2 ni dok depan PC dok main game jer, especially DOTA.

Slalunye, mass message DESSKEE dah share TV ni kluar 30 min sebelum berita jam 8 ke udara. So, slalunye, dapat la dorang2 ni tgk kartoon yang TV 3 tayangkan pada watu itu. Aku ngat lagi, rancanagan mcm Detective Conan ngan Atashinci slalu keudara pada waktu itu. Kadang2 tu, asal aku terlambat sket je nak share TV, mula ar dapat msg2 yang menanyakan kenape aku x share TV malam tu... Fuh... leh main demand2 plak. Tp, aku x kisah, janji dapat berkhidmat dengan komuniti LAN Zubair ni. Walaupon aku x dapat apa2, tp aku dapat rasekan aku dapat la memberi sumbangan kepada rakan2 LAN aku ni yang x dapat berita tentang dunia luar ni. Huh..

Kadangkala juga, aku juga mengshare kan rancanagan yang keudara LIVE seperti Perlumbaan Formula 1, Perlawanan bola sepak n sometimes rancangan keagamaan seperi AL-Kulliyah dan Tanyalah Ustaz. Walaupun kadang2 mengshare kan TV ni ada satu perkara yang best, ia jadi x best bler PC kite jadi lag kerana terlalu ramai yang menonton nye. Ini menyebabkan, aku x dapat membuat kerja2 lain di PC ku ini. So, kadang2 tu, terpaksa lah aku berkorban dengan menuggu sehingga rancangan berita itu tamat. Kadang2 gak aku main tutup jer TV tuh.. 

Teringat jugak aku akan capaian traffik yang sgt tinggi terhadap TV yang aku share ini, sehinggakan aku terpaksa merendahkan quality video (utk stream) supaya, kurang sket lag pada siaran TV tu. Cerita yang bdk2 Zubair ni minat sgt nak tgk, cite Nur Kasih... ha ha, ramai la btol yang follow Nur Kasih. bajet aku x tau. Asal hari Jumaat malam jer, bdk2 ni dh sibuk dh comment psl cite ni kat Vypress chat. Siap tempah kat aku soh jgn lupe share TV malam tu gak.. Ha ha, mcm2. DESSKEE pon follow Nur Kasih gak.. Nur Amina I like. 1 lagi, best nya kat cite Nur Kasih ni, sebab cite ni byk wat shooting kat dalam UIA. maklumlah, Nur Amina tu kan dapat degree architecture kat UIA.. Ha ha, siap pakai jubah graduasi gitu..

Ok la, zaman ber LAN kat Zubair ni dah nak abs dah. insyallah sem ni last la aku kat UIA, buat bdk2 LAN Zubair semua, aku wish kat korang semua all the best la. Korang semua memang terbaik (DESSKEE merupakan salah seorang pengasas LAN Zubair). 4 tahun berkhidmat dengan anda semua, memang menyeronokkan. Ruangan chatting di Vypress juga sangat best. Asal ada benda best jer korang tgk kat video @ gambar... nnt ada la link2 yg dipostkan kat board VY tue. X lupe gak, watak Pedo Bear yang byk 'menghiburkan' chatter2 dalam Vypress chat itu. Pedo... ko memang kelakar. Sehinggakan dia diberi gelaran as 'portable entertainer'. letak la kat celah mane pon, dia memang kelakar... ha ha

Juga kpd user2 lain seperti NICE (raja movie), Chief, Jethro (admin LAN Zubair), liespirit, pedo bear, matspek, doul, yuyu, abg budin, kucing itam, Johari, Batman, misepoy, Majin Buu Otomen, lalacici, anak padi, paradox, thecox & byk lagi ar. Sori x dpt nak mention semua. Ada tu yang dah x ingat dah. Korang memang best. 

Kadang2 tue, kat dalam LAN Zubair tue, semua org kenal, tp, bler kat luar tue, selisih bahu pon org x kenal.. ha ha, mcm2 btol. Tp, bler tanye psg LAN, br la riuh bercerita yg dia ni guna nick apa.. pas tue, gelak2 plak..
Hoho

Ok la... thats all psl LAN Zubair. pengalaman ni mmg aku x akan aku lupakan... huh... All the best utk korang semua di tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini... Sekian

Saturday, April 9, 2011

Blur...

Kenape saya blur. Bukan saya saja yang blur. Semua orang pun rasanya blur jugak. Esok exam electroceramics, subjek pilhan elektif terakhir buat diriku. Tapi, kebluran akan subjek ini mencengkam jiwa raga ku ini kerana kurang nya kefahaman akan subjek ini. Apa yang ku tahu adalah, penting nya untuk memahami Kroger Vink notation, benda bulat2 dan tanda dash kat atas. Vacancy, defect concentration, brower diagram, semua ni memerlukan akan penguasaan akan Kroger Vink notation ini. Exam esok, adakah mampu untuk aku mengisi tempat kosong yang ditinggalkan solan untuk dijawab. Ataupon aku akan meninggalkan ia kosong begitu sahaja. harap2 nya jasa baik Sir Napi untuk berikan belas kasihan kpd kami. Huh...

Dah2, jom sambung study.... lalalalaa...