Monday, April 18, 2011

Basuh Kasut...

Ok... dikala final exam yang sudah habis, aku berkesempatan la untuk balik rumah sekejap sebelum pulang semula ke UIA untuk menyiapkan tugasan Final Year Project (FYP). Ye, pulang ke rumah memang best, dapat la lepak2 tengok TV disamping mendapat kelajuaan internet di tahap maksima. Tenet UIA lembab cam siput, kadang2 tu, tak dapat langsung. So, bila kat rumah nie, aku pun melepak-lepak jela kat depan TV ni, n then, tiba2 terdengar la ibuku memanggil adik aku yang sorang ni. Cakap kat dia, kasut dah basuh blom??? Then, aku tengok kat muka adik aku, berkerut muka dia, n then cakap blom.

Nampak sangat la malas nye dia nak basuh kasut tu. Ni membuat aku teringat balik masa zaman sekolah aku dulu2. Asal weekend je, basuh kasut tue dah jadi macam kewajipan dah, x main ar masuk sekolah hari Isnin ngan kasut yang hitam berhabuk kan. So, nak x nak, kena ar basuh kasut tue, x pun, paling teruk pun, kapur la kasut tue sket. Ingat lagi masa dulu, basuh kasut hari Sabtu, tapi basuh lewat petang ar, then, dah basuh, nak sidai kat luar, matahari dah x de dah, kna la letak kat lua kasi berangin sket. Tapi x kering pon walau tinggal semalaman. Then esok pagi nya pulak, hujan dari pagi sampai petang, ha ha, padan muka, sape suroh basuh lambat2. So, alternatifnya nak kasi kasut cepat kering, letak la kasut tu kat bawah peti sejuk (kat bawah peti sejuk kan panas). So, dengan harapan menggunung, harap kasut tue kering la sebelum pegi sekolah esok.

Esok paginye, ambik kasut tue, ada lembab2 sket, tp, belasah jela, kira ok la sket dari kalo pakai rase sama cam rendam kaki dalam air, kira ok la. Then pegi sekolah, dalam kelas, ngan stokin2 pon jadi basah, x selesa la plak.. Ho ho, ni la akibatnya kalau basuh kasut lambat2.... Then, bler aku fikir balik, how i miss those time during my school days... Hmmm...

p/s - tadi tengok game ArSengal vs LiverFool, game yang paling lawak skali aku pernah tengok... ha ha

0 comments:

Post a Comment