Tuesday, March 22, 2011

Semi Final

Hari tu punye game futsal (semi final), x cite lagi. Tapi mood nak menulis juga tiada. So aku rasa cam nak share gambar aje ar,.

Kimi: Sorry mokh, ko jd reserve lagi arini..
Mokh: Alah, ko dah jadi star cam Khairul Fahmi, ko dah lupekan aku...

 bola oh bola, goal la ko arini


 Strecthing la Alip, gelak plak dia,
Lan, sakit pinggang ek..


 BAHAN FC

Keeper yang stylo

 Here we go...

 Alip.. amik bola nie

 Lan mengelecek dengan cantik skali

 Ekeleh, hilang dah bola, bajet nak dribble cam Ronaldo tadi

 Meli... hok kanan tue mu jage molek..

 Oit.. pegi la jaga tue, nanti goal plak kang

 Keeper yang sentiasa steady

 Rebut-rebut bola itu


 Messi mengelecek.. tu dia...

 Shaolin soccer... Aikkk yah.....

 Gaya seorang pemain star

 Gambar pasukan selepas kalah

 Posing untuk kali terakhir

 Wat-wat cam gembira, walaupon hakikatnya baru pas kalah

Walaupun kecewa, team spirit yang kuat jelas kelihatan diwajah-wajah mereka

Permainan pada petang itu berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan pergerakan berbahaya dan lebih berhati-hati diawal permainan. tetapi akibat kelapaan barisan pertahanan, pasukan lawan berjaya menjaringkan 1 goal mudah yang menyentap jiwa pasukan. Down btol. Keeper kayu, bola camtu pon leh bocor.. ha ha. Permainan bersambung dengan pasukan lawan terus ghairah mencari goal kedua, dan usaha mereka berjaya apabila berjaya menjaringkan goal kedua. goal itu terhasil dilewat separuh masa pertama & ia menyentap semangat pemain-pemain BAHAN FC.

Diseparuh masa kedua, pertukaran taktikal dilakukan BAHAN FC, dengan memasukkan beberapa pemain baru. Pertukaran taktikal iu berjaya mengubah corak permainan dengan BAHAN FC berjaya menguasai hampir keseluruh permainan di separuh masa kedua, & hasilnya, BAHAN FC dihadiahkan sepakan penalti selepas Joe dijatuhkan didalam kotak penalti. Tendangan penalti diambil oleh liesprit walaupon ketua pasukan mengarahkan pemain lain yang mengambilnya. Tetapi mamat sorang nak degil, dia cakap dia nak meyepak po deras, compem goal nye kata nye. tapi, sayang, tendangan penalti yang diambil nye, berjaya diselamatkan oleh penjaga goal lawan. Kesempatan yang dilepaskan itu terus menyentap semangat & moral pasukan. Akibatnya, sekali lagi liespirit melakukan kesilapan , dengan membenarkan dirinya digelecek & di 'ole' oleh pihak lawan. dah kna ole, x reti2 nak keja bola tue balik.. dia dok biar aje mamat tue lari bawak bola. Akibatnya, penjaga goal terpaksa behadapan dengan situasi 1 lwn 1, dan akibatnya, BAHAn FC memboloskan goal ke 3 mereka. dengan itu, musnah & ranap lah harapan BAHAN FC untuk ke perlawanan akhir.

Walaupon tewas pelawanan ini, wajah2 kepuasan jelas terpacar diwajah pemain2 BAHAN FC kerana berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir. Aku pon sebenarnya x sangka gak, team ni kuat camni, bajet team yang leh jadi lauk jer..

Kepada liesipir, kuatkan semangat anda menepuhi hari2 berikut nya, walaupon kena 'ole' ngan opponent.. Ha ha

Eh, td bajet cm nak share gambar je, then, tetiba la, byk plak menulis nye... ho ho

0 comments:

Post a Comment